fb fb fb fb fb

Ziarah Perpaduan santuni 20 penerima di Perlis

 

 

PADANG BESAR, 21 Januari- Sebanyak 20 orang penerima iaitu 10 di Parlimen Kangar ; 6 bagi Parlimen Arau dan 4 di Parlimen Padang Besar menerima sumbangan menerusi Program Komuniti Sejahtera, Ziarah Perpaduan.

Program ini merupakan perluasan perkhidmatan di bawah RTCares dimana peranan Kawasan Rukun Tetangga terus diperkasakan melalui penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada komuniti yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat serta Perpaduan Masyarakat Negeri, Siti Berenee, program tersebut digerakkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Mata Ayer dan Kerajaan Negeri Perlis.

Sumbangan berupa kerusi roda, lampin dewasa dan beras.

Siti Berenee menyatakannya ketika menyertai Program Komuniti Sejahtera, Ziarah Perpaduan sekitar Parlimen Padang Besar yang turut disertai Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis,Zulkhairi Zainal.

Media Baharu