fb fb fb fb fb

Ziarah Kasih UniMAP prihatin kebajikan pelajar

Foto RTM

KANGAR, 24 September -Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh komitmen dalam menjaga kebajikan pelajarnya, khususnya pelajar baharu, melalui pelaksanaan program turun padang.

Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, menerusi Program Ziarah Kasih UniMAP yang dianjurkan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP, pelajar serta keluarga mereka terutama golongan kurang berkemampuan dapat disantuni secara langsung.

Inisiatif itu seiring hasrat UniMAP dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai jaminan sokongan sepanjang tempoh pengajian.

Antara bentuk bantuan yang ditawarkan termasuk biasiswa dan dermasiswa khusus dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi memastikan pelajar tidak terbeban dengan isu kewangan yang boleh menjejaskan pembelajaran mereka.

"Kalau daripada Parlimen Kangar, kita ada 42 pelajar yang diterima masuk ke UniMAP dan antara 42 itu ada beberapa orang yang kita kenal pasti mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Jadi kehadiran kami bersama UniMAP, melawat ke beberapa buah rumah yang mana mereka ini yang terdiri daripada golongan yang amat memerlukan," katanya kepada pemberita pada Program Gerak Kasih Khidmat 4Siswa Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak JATI Perlis di Kampung Guar Ujong Batu dan Taman Merpati, di sini.

TETITIA YUSOFF