Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Labuan santuni 320 keluarga

Beliau ditemui pada Majlis Iftar UMNO Labuan di Desa Tunas Hijau, malam tadi.

LABUAN, 9 Mac– Program Ziarah Kasih Ramadan berjaya menyantuni 320 keluarga daripada 27 kampung dan 30 Cawangan UMNO di sekitar Labuan, bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • UMNO Labuan meraikan 32 surau dan masjid melalui Jelajah Ukhuwah Ramadan.
  • Program tahunan diteruskan sebagai bukti komitmen UMNO terhadap kebajikan masyarakat setempat.
  • Majlis Iftar UMNO Labuan meraikan lebih 400 tetamu dan anak yatim, mengukuhkan silaturrahim.
  • KKDW memperuntukkan RM5 juta bagi pembangunan termasuk naik taraf jalan dan infrastruktur kampung.

Selain bantuan kepada isi rumah, sebanyak 32 buah surau dan masjid turut diraikan menerusi program Jelajah Ukhuwah Ramadan.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata kedua-dua program tahunan tersebut diteruskan sebagai bukti komitmen berterusan pihak parti terhadap kebajikan masyarakat setempat di pulau tersebut.

“Kita turun ke seluruh pelosok kampung di Labuan untuk memberi bantuan wang zakat serta barangan keperluan kepada 320 keluarga. Selain itu, menerusi program Jelajah Ukhuwah Ramadan, UMNO Bahagian Labuan akan menjelajah ke 32 masjid dan surau yang menjalankan solat sunat tarawih,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Iftar UMNO Labuan di Desa Tunas Hijau, malam tadi.

Lebih 400 tetamu dan anak-anak yatim diraikan bukti kebersamaan dan silaturrahim.

Sementara itu, Beliau yang juga merupakan Pengerusi Penasihat GiatMARA Labuan menambah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan RM5 juta peruntukan pembangunan di pulau itu.

Ini termasuk menaik taraf jalan raya dan infrastruktur kampung akan dilaksana secepat mungkin.