KUALA LUMPUR, 5 Januari- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengumumkan pelantikan Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan, berkuatkuasa 2 Januari.
KWAP menerusi kenyataan memaklumkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat selama lebih 20 tahun dengan Kumpulan Hektar, berpengalaman luas dalam bidang kemampanan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berharap pelantikan itu diharap akan membantu usaha memperkasa pesara dan bakal pesara ke arah persaraan yang ideal dan mampan.
Pelantikan Zarina memainkan peranan penting dalam menyokong langkah strategik asas pertumbuhan mampan KWAP, menambah baik pendigitalan, selaras inisiatif Teras 5 KWAP.
Zarina juga berharap dana pencen negara itu dapat menjadi penanda aras di peringkat global dan selain berhasrat meningkatkan lagi kemampanan dan integriti sistem pencen dan operasi KWAP.