fb fb fb fb fb

Zambry akan hadiri Mesyuarat Majlis Penyelarasan dan Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN

KUALA LUMPUR, 2 Februari - Permohonan Timor-Leste untuk menjadi Negara Anggota ASEAN antara perkara yang akan dibincangankan di Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM).

Pertemuan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia itu akan diadakan bermula 3 hingga 4 Februari ini.


(Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir / Foto Bernama)

Menurut Wisma Putra, Malaysia yang diwakili Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir akan menyertai perbincangan tindakan susulan terhadap keputusan-keputusan yang telah dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 November lalu.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan termasuk pelaksanaan Konsensus Lima-Perkara, permohonan Timor-Leste untuk menjadi Negara Anggota ASEAN, kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN, hubungan luar, serta pertukaran pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-40, Timor-Leste akan mengambil bahagian dalam mesyuarat ACC ke-32 dan AMM tersebut sebagai Pemerhati.


Media Baharu