fb fb fb fb fb

YouTube senaraikan 10 ‘Pencipta Kandungan’ paling popular di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Disember- YouTube menyenaraikan sepuluh ‘Pencipta Kandungan’ paling popular di Malaysia pada tahun 2022.

Youtube menerusi kenyataan media memaklumkan Alieff Irfan telah dipilih oleh YouTube sebagai pencipta kandungan paling popular Malaysia di YouTube pada tahun ini.

Beliau sering memastikan penontonnya terlibat melalui video yang menyeronokkan dan menarik, merupakan pencipta kandungan paling popular Malaysia di YouTube pada tahun 2022,

Manakala Ammar Nazhan, seorang lagi pencipta kandungan popular,menduduki tempat kedua.

Selain dua wajah yang terkenal dalam senarai 10 teratas, terdapat juga ramai pendatang baru yang telah menjangkau penonton merentasi pelbagai format video. Antara yang tersenarai ialah Zhong, AI Boyyraa, NichLmao, AI Aniq, AI El Riss, Nasya Official, Willie Salim dan Ustaz Azhar Idrus Official.


(Antara 'Pencipta Kandungan (Content Creator)' paling popular Malaysia)

Pada tahun ini, kompilasi mukbang makan gula-gula bertemakan warna oleh DONA menduduki tempat pertama dalam senarai 'Video Paling Sohor Kini'.

Di tempat kedua adalah kejutan Ammar Nazhan terhadap kemunculan semula bekas ahli kumpulan mereka yang membuatkan para penonton sebak dan video Alieff Irfan ketika mendedahkan kehamilan isterinya telah disenaraikan di tempat ketiga.

Selain itu, Senarai Kandungan ‘Shorts’ Paling Popular iaitu kandungan bentuk pendek, kandungan yang menyenangkan adalah yang paling digemari, sama ada komedi sketsa atau visual yang memukau.

"Di tempat pertama, kami mempunyai tiga rakan Australia yang menarik perhatian penonton dengan idea keseronokan mereka menggunakan alatan kuasa tinggi, diikuti dengan tinjauan jalanan komedi PANDA BOI, dan persembahan Cheeky Boyos tentang seorang adiwara yang panas baran tetapi suka menghulurkan bantuan masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

"Kucing That Little Puff yang melakukan perkara yang memuaskan hati juga menarik perhatian penonton manakala lakonan semula Jay & Sharon tentang apa yang berlaku di antara ruang tengah kereta dan tempat duduk anda menarik para penonton ke dalam satu dunia baharu", menurut kenyataan itu.

"Lebih banyak skit komedi termasuk reaksi itsmeissie terhadap video-video yang selalu ditonton dan Enaldinho yang melakukan cabaran ‘tidak berkelip’ bersama rakan-rakannya. Kandungan video pendek lain yang dimasukkan ke dalam senarai ialah 10 helah iPhone oleh That's Amazing Shorts, video solekan Paula Wolf Shorts Official dan eksperimen Shangerdanger memecahkan telur di dasar laut sedalam 45 kaki.

Sementara itu, untuk muzik pula, penyanyi Indonesia Raffa Affar yang semakin meningkat namanya menerajui carta dengan “single” sulungnya Cinta Sampai Mati, manakala dua lagi penyanyian semula lagu olehnya turut ditampilkan: Tiara (asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Malaysia, Kris) dan Hal Hebat (sebuah lagu oleh kumpulan Indonesia, Govinda).

"Lagu terbaru daripada kumpulan wanita K-pop Blackpink, iaitu Pink Venom, dan lagu pop Left and Right nyanyian Charlie Puth yang menampilkan Jung Kook dari BTS, merupakan antara lagu-lagu yang popular apabila kedua-duanya turut tersenarai.

"Lagu antarabangsa lain termasuk lagu dari India selatan, Arabic Kuthu dan Tak Ingin Usai nyanyian Keisya Levronka. Sementara itu, lagu hit tempatan Casablanca oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin semakin mendapat tempat di hati pendengar, di samping kumpulan 3P dan adik-beradik Kuan, Jestinna, Christinna dan Perry.

YouTube kekal sebagai peneman tetap kepada jutaan orang yang menavigasi keadaan kian berubah pada tahun 2022 di mana para penonton kini paling banyak berhubung bersama para pencipta dan artis yang menghasilkan kandungan merentas pelbagai format, daripada video atas permintaan, kandungan bentuk pendek, kepada siaran secara langsung.

Peningkatan kepelbagaian kandungan dan cerita yang memikat hati para penonton di YouTube adalah bukti bagaimana penggunaan video telah benar-benar berkembang.

Media Baharu