fb fb fb fb fb

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja)

KUALA LUMPUR, 29 November- Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan selama dua hari di Istana Negara bermula hari ini. 

Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Tuanku Mukhriz juga berkenan menanam pokok Buah Ajaib sebagai simbolik mempengerusikan mesyuarat tersebut. 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyaksikan majlis penanaman pokok itu.


(Tuanku Mukhriz juga berkenan menanam pokok Buah Ajaib sebagai simbolik mempengerusikan
mesyuarat tersebut)

Turut berangkat ke mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail.

Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 29 Jun lalu, dan ia dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.

Media Baharu