KUCHING, 17 Jun- Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama kira-kira 5,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Kuching pagi tadi.
Turut bersama-sama menunaikan solat sunat di masjid yang sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak,Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha
Solat dipimpin Imam Besar Negeri, Sahibul Fadhilah Dato' Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Yang di-Pertua Negeri dan Premier kemudiannya bersama-sama menyertai ibadah korban sebelum daging korban diagihkan kepada golongan asnaf dari sekitar bahagian Kuching.
Tahun ini, acara korban yang berdaftar di bahagian Kuching melibatkan 63 buah tempat dengan 88 ekor lembu dikorbankan dan diagih kepada 1,240 penerima.