YADIM Kedah anjur gotong-royong bersihkan Pulau Sayak

FOTO YADIM KEDAH

SUNGAI PETANI, 18 Februari – Cuti Tahun Baharu Cina dan menjelang Ramadan dimanfaatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar menerusi Kempen Ihsan: Jagai Alam Sekitar Anda (JASA) di Pulau Sayak, antara destinasi pelancongan terkenal di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gotong-royong kutip 70 kilogram sampah melibatkan 60 sukarelawan di Pulau Sayak.
  • Peningkatan kesedaran awam tentang kebersihan, namun masih ada pembuangan sampah tidak bertanggungjawab.
  • Program disertai tazkirah Bicara Ilmu, senaman ringan dan cabutan bertuah untuk memeriahkan komuniti.
  • Kerjasama dengan rakan strategik seperti YAPEIM, IKM Sik, Mama Combi, RSY IPG dan UniSHAMS.

Penyelaras program, Mohd Irfan Shaffik Idris berkata sebanyak 70 kilogram sampah berjaya dikutip dalam program gotong-royong yang melibatkan 60 sukarelawan.

Menurutnya, tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan semakin meningkat, namun masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sehingga mencacatkan keindahan kawasan tumpuan pelancong.

“Bukan sekali dua isu lokasi pelancongan kotor tular di media sosial selepas dikunjungi orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain aktiviti gotong-royong, program turut diisi dengan tazkirah Bicara Ilmu, senaman ringan serta cabutan bertuah bagi memeriahkan penyertaan komuniti.

Program itu turut mendapat kerjasama rakan strategik termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Kedah dan Perlis, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Mama Combi, RSY IPG serta Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).