fb fb fb fb fb

Wujud peluang pekerjaan, tingkat pendapatan fokus Ekonomi MADANI

SEREMBAN, 3 Ogos- Lebih 25,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan dan meningkatkan pendapatan tinggi bagi memperkasa rakyat merupakan fokus utama dalam kerangka menjayakan Ekonomi MADANI.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dua inisiatif itu merupakan 40 peratus tanggungjawab yang diberikan kepada kementerian itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan berkualiti.

"Kita fokuskan untuk menjana pekerjaan. Ia disebabkan pelaburan tersebut merangkumi domestik dan antarabangsa serta dapat mewujudkan 25,000 tawaran pekerjaan seperti yang telah dijanjikan dalam pelaburan pertama tahun ini.

"Seterusnya kita cuba untuk meningkatkan pendapatan rakyat supaya mereka boleh keluar daripada kelompok pertengahan kepada berpendapatan tinggi," katanya kepada pemberita pemberita ketika majlis sesi beramah mesra bersama Calon Barisan Nasional DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menurut Zafrul, MITI opitimis untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan pelaburan tempatan.

Selain itu ia juga bakal memantapkan hubungan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.

(Tengku Zafrul Abdul Azi)

 

Media Baharu