fb fb fb fb fb

WCP 2030 pastikan bekalan air Pulau Pinang ditangani

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 27 Jun- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow terus komited memastikan projek Pelan Kontigensi Air 2030 (WCP 2030) yang dirangka berjalan lancar mengikut perancangan.

Perkara itu bagi memastikan isu bekalan air domestik di negeri berkenaan dapat ditangani sebaiknya selain berupaya mempertingkat pertumbuhan ekonomi negeri itu untuk jangka masa panjang.

Ia sekali gus memberi keyakinan kepada para pelabur dan pemain industri dalam pasaran ekonomi di Pulau Pinang termasuk projek Air Perak-Pulau Pinang bernilai RM4 bilion yang bakal menyelesaikan masalah pembekalan air di Seberang Perai Selatan yang sedang dalam rundingan.

"Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan bekalan air dapat diselesaikan. Jadi pelaksanaan projek berkenaan mengikut jadual, bawah WCP 2030.

"...kami sedang bergelut bukan hanya pada Loji Rawatan Air Sungai Dua dengan isu kemampanan dan keselamatan air berdaya tahan itu boleh ditangani," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan PBA Holding Berhad (PBAHB) di sini.

Ketika ini empat projek utama bernilai RM221 juta antara yang disegerakan pembinaannya dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua mampu meningkatkan kapasiti rawatan air maksimum sebanyak 114 juta liter sehari (JLH) apabila siap sepenuhnya September nanti.

Dalam pada itu PBA Holding Berhad mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM34.348 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan, Dr. Mary Ann Harris memaklumkan, itu membolehkan pembayaran dividen akhir sebanyak 1.72 sen sesaham kepada 7,507 pemegang sahamya bernilai RM5.792 juta.

"PBAPP tidak mempunyai polisi dividen tetap tetapi kami menanggung deposit tetap kerana harga saham meningkat daripada dividen tahunan yang dipandu oleh angka tersebut," katanya dalam sidang media Mesyuarat Agung Tahunan PBA Holding Berhad (PBAHB) di sini.

PBAHB merupakan syarikat subsidiari kepada Perbadanan Bekalan Pulau Pinang (PBAPP) yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia.

Tahun ini menyaksikan tahun ke-23 berturut-turut PBAHB membayar dividen kepada pemegang saham.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI