fb fb fb fb fb

WCE wujud limpahan ekonomi, pembangunan di N Sembilan

Rafizi Ramli

PORT DICKSON, 19 November- Pelaksanaan projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor bakal mewujudkan Koridor Baharu Pelancongan dan Perkhidmatan yang akan memberi limpahan ekonomi dan pembangunan di Negeri Sembilan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan WCE juga memberi impak positif serta merancakkan pembangunan di kawasan sepanjang laluan termasuk Port Dickson sekali gus mampu membawa pelaburan baharu di persisiran pantai yang terkenal di Negeri Sembilan itu.

"Di peringkat Kerajaan Persekutuan atas pertimbangan itu juga selain mempunyai kedudukan strategik Negeri Sembilan dilihat berupaya sebagai koridor tambahan industri di Lembah Klang. Sebab itu kerajaan meluluskan pada dasarnya pembinaan WCE bagi jajaran selatan.

"Ia akan akan menghubungkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Port Dickson dan Melaka. Sekiranya berlaku, kemasukan pelancong luar negara boleh disusun dari KLIA terus ke Port Dickson.

"Ini akan mewujudkan ruang besar kepada pelaburann baru di persisiran pantai prt Dickson,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Bersama Kerajaan Negeri Sembilan, di sini.

Pelaksanaan WCE juga akan meningkatkan aksesibiliti ke pelbagai destinasi pelancongan sepanjang pantai barat Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta akan merangsang aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Projek Lebuh Raya WCE Banting-Gelang Patah akan diberi keutamaan tahun depan.

Ia akan mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta (PPP).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI