fb fb fb fb fb

WCE jangka 150,000 kenderaan guna lebuh raya sehari sempena Aidilfitri

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 April- West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menjangkakan peningkatan aliran trafik sehingga 150,00 kenderaan sehari apabila pergerakan "Balik Kampung" bermula 6 April ini, kata WCE dalam satu kenyataan.

Menurut WCE, pihaknya akan melaksanakan pelbagai langkah tambahan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

"Ini termasuk tiada kerja kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya sehingga 17 April ini kecuali kerja-kerja kecemasan.

"Penyediakan jentera seperti trak tunda di beberapa lokasi strategik untuk membantu sekiranya berlaku sebarang insiden luar jangka, penambahan kakitangan sokongan dan pasukan bertindak kecemasan (ERT) serta pegawai peronda yang mencukupi di sepanjang lebuh raya untuk memberi sebarang bantuan kecemasan", kata WCE dalam kenyataan berkenaan.

WCE dalam pada itu mengingatkan pengguna mengisi minyak yang secukupnya sebelum memasuki lebuh raya atau ke stesen minyak yang terletak berhampiran susur persimpangan Lebuhraya WCE memandangkan stesen minyak masih belum beroperasi di sepanjang jajaran Lebuhraya berkenaan.

WCE sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, dan ingin menyeru semua pengguna untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebagai komitmen dan tangungjawab bersama.

"Sila utamakan keselamatan diri dan orang tersayang dengan mengamalkan tabiat pemanduan yang berhemah. "Kita semua boleh menyumbang untuk menjadikan lebuh raya lebih selamat untuk semua.

"WCE mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan berhati-hatilah dalam pemanduan di lebuh raya", kata Lyndon Alfred Felix, Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya WCE

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD