KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa untuk melaporkan mana-mana platform media sosial yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atau keluarga diraja Johor.
"Adalah ditegaskan juga bahawa penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunasnya yang ditetapkan," titah baginda menerusi Facebook rasminya hari ini.
Menerusi perkongsian itu disertakan satu tangkap layar akaun Facebook atas nama ‘Ibrahim Ibni Allmarhumm’ yang disahkan sebagai akaun palsu dan menyamar menggunakan identiti Yang di-Pertuan Agong.