fb fb fb fb fb

Wartawan cilik Bukit Selambau terima sijil penghargaan APM, tawaran berlakon

 



LANGKAWI, 29 Januari- Kisah wartawan cilik atau Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang tular baru-baru ini mendapat penghargaan daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada majlis tersebut Muhammad Haziq menerima Sijil Penghargaan Pertahanan Awam di atas keprihatinan dan menunjukkan ciri-ciri “Adiwira Cilik” dalam menyampaikan maklumat yang baik semasa kecemasan demi kesejahteraan penduduk setempat bagi mengelakkan sebarang bahaya lain yang boleh berlaku.

Menurut Ketua Pesuruhjaya APM, Yang Amat Setia Ketua Pesuruhjaya Aminnurahim Mohamed, penganugerahan sijil penghargaan ini adalah sebagai tanda prihatin seorang kanak-kanak kepada hidupan liar.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Muhammad Haziq di Kompleks APM Daerah Langkawi.

Dalam pada itu Muhammad Haziq yang hadir bersama-sama ahli keluarganya juga disajikan dengan pertunjukan Ascending dan Desending oleh anggota Pertahanan Awam Daerah Langkawi selain dibawa menaiki ambulans APM.

Adik Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau  sambil membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.

Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.

Sementara itu Muhammad Haqiz turut menerima tawaran berlakon dari sebuah produksi yang berpangkalan di ibu negara.

Namun, Muhammad Haziq terpaksa menolaknya kerana belum bersedia.

Media Baharu