fb fb fb fb fb

Warga KKD perlu amanah, integriti ketika bertugas

PUTRAJAYA, 16 Mei- Sikap amanah dan menjunjung integriti ketahap tertinggi dalam melaksanakan tugas perlu sentiasa didukung warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, sikap tersebut bukan sahaja memberi nilai tambah kepada individu berkenaan malah membawa impak besar terhadap organisasi, rakyat dan negara secara keseluruhannya.

"Nilai integriti ini mesti terus dipelihara agar tidak berlaku pelbagai kepincangan seperti penyelewengan untuk kepentingan peribadi, rasuah dan sebagainya.

Intgeriti ini sangat penting kerena kita lihat dengan ada satu semnagat integriti tidak terkalahkan bukan hanya rakyat Malaysia memandang kementerian ini dengan lebih baik malah para pelabur," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 di kementeriannya di sini.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2022 di kementeriannya di sini / Foto BERNAMA)

Secara keseluruhan seramai 668 warga KKD menerima sijil penghargaan APC dan insentif bernilai RM1,000.

Mengulas mengenai APC, Fahmi berkata anugerah itu diharap memberi semangat kepada seluruh warga KKD agar terus membudayakan amalan kerja yang cemerlang seiring ikrar perkhidmatan awam.

Sementara itu para penerima anugerah menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.

"Ini adalah hasil daripada peluang dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini oleh semua pihak.

Terima kasih atas kerjasama dengan rakan setugas dan juga pihak pengurusan, diharap penghargaan ini akan terus memotivasikan kami penjawat awam terutamanya," kata penerima anugerah, Dian Fatihah Maknoh.

"Ini adalah semangat utk saya cipta kejayaan lebih cemerlang bukan sahaja untuk RTM dan KKD, malah Malaysia secara keseluruhannya," ujar Andy Reza Rohadian, seorang lagi penerima.

"Buatlah kerja dengan sebaik mungkin kerana kerja yang baik tidak akan sia-sia dan jika anda berada di sini suatu hari nanti tiada siapa akan pertikaikan segala usaha anda," kata penerima APC, Grace Aisyah Kedayan.

Media Baharu