ARAU, 30 April- Warga kerja Pusat GIATMARA perlu kekal komited bagi melatih para belia dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi.
Justeru itu, 38 pegawai dan tenaga kerja GIATMARA Negeri, Padang Besar, Kangar dan Arau diingatkan terus meningkatkan komitmen, kecemerlangan dan kepakaran masing-masing.
Menurut Pengarah GIATMARA Negeri, Harun Radzi, dengan lebih 200 pelatih yang sedang mengikuti latihan dalam 12 program pengajian ketika ini sudah tentulah bukan sesuatu yang mudah melatih para belia menepati piawaian ditetapkan dalam bidang TVET.
Selain itu, warga kerja GIATMARA turut diingatkan supaya sentiasa meningkatkan tahap kesopanan , integriti, ketabahan, dan komitmen dalam setiap perkara dilaksanakan di dalam mahupun di luar GiatMARA.
Beliau memaklumkannya pada Masjlid Apresiasi Kecemerlangan Anggota Kerja GIATMARA Perlis dan Sambutan Aidilfitri Peringkat GIATMARA di Arau.
Seramai 13 anggota kerja terdiri daripada pendidik Giatmara, Pengurus GIATMARA dan kumpulan sokongan telah menerima anugerah masing-masing bagi mengiktiraf kecemerlangan sepanjang tahun 2023.
Manakala bagi sambutan Aidilfitri kali ini, lebih 300 tetamu termasuk kumpulan pelatih serta rakan strategik GIATMARA diraikan dalam suasana penuh harmoni, yang turut dihadiri Pengarah MARA Negeri, Muhammad Azam Jamaluddin serta pegawai-pegawai MARA Negeri.