fb fb fb fb fb

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kudat

FOTO JBPM SABAH

KUDAT, 7 Okober- Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan di Kampung Pituru di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada 10.10 malam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer sekitar 10.46 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan itu.

“Seorang wanita Lo Hiong Lan, 76, rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat itu dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pemeriksaan sekitar kawasan terbabit telah dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.

Operasi ditamatkan pada 2.25 pagi. -BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE