fb fb fb fb fb

Lelaki warga emas maut, dua cedera dihempap pokok

FOTO APM PAHANG

KUANTAN, 17 September- Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas khemah yang mereka duduki dihempap pokok tumbang akibat ribut di Kampung Balok di sini pada petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A. Rahman berkata enam anggota termasuk seorang pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Mangsa maut, Che Zakariah Che Ali berusia 68 tahun berasal dari Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara mangsa cedera dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa di sini untuk rawatan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA