fb fb fb fb fb

Warga emas maut dalam kemalangan di Kelantan

Foto Ihsan JBPM Kelantan

GUA MUSANG, 8 April- Seorang warga emas maut dalam kemalangan di KM 27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berlaku kemalangan di lokasi kejadian pada pukul 3.45 petang dan seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan terbabit.

Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan itu turut mengakibatkan dua lagi mangsa cedera parah.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, warga emas, 70 tahun yang memandu kereta perodua kancil dari arah Chiku ke bandar Gua Musang telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan."

"Kenderaan yang dipandu dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai itu dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan yang kemudiannya melanggar dua buah lagi kereta lain," kata kenyataan itu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian telah dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Gua Musang dan mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan lanjut masih dijalankan.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM