
KULAI, 22 Februari – Seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM5,000 selepas keretanya disamun di tapak parkir sebuah pasar raya di Kulai, Johor
RINGKASAN BERITA AI
- Warga emas kehilangan kira-kira RM5,000 selepas disamun di tapak parkir pasar raya.
- Suspek berpura-pura bertanya arah sebelum merampas kunci kereta mangsa.
- Polis membuka kertas siasatan bawah seksyen 392/379A Kanun Keseksaan.
- Orang awam yang ada maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee dalam kenyataan mengesahkan kejadian berlaku petang semalam dan turut tular di media sosial.
Suspek dilaporkan berpura-pura bertanya arah sebelum merampas kunci kereta di tangan mangsa yang berusia lingkungan 70an itu.
Polis membuka kertas siasatan mengikut peruntukan seksyen 392/379A kanun keseksaan.
Orang awam yang mempunyai makkumat diseru tampil membantu siasatan kes.