fb fb fb fb fb

Warga emas kayuh basikal, jelajah ke seluruh Semenanjung

SUNGAI PETANI, 29 Januari- Usia bukan penghalang buat seorang warga emas dari Baling, Kedah untuk menjelajah ke seluruh Semenanjung melibatkan jarak lebih 2,500 kilometer dengan hanya mengayuh basikal.

Kayuhan bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kewujudan titik Semenanjung, titik Asia dan titik Dunia yang ada di sekitar Semenanjung Malaysia.

Menurut Che Saad Nordin, 73, beliau yang diiringi seorang lagi rakan iaitu Jamlus Affandi melakukan kayuhan bermula dari Sungai Petani menuju ke 35 lokasi di seluruh Semenanjung dalam tempoh lima minggu.

Beliau yang juga bekas jurukamera RTM Kedah berkata masih ramai tidak sedar tentang kewujudan titik tersebut kerana ia tidak diwar-warkan secara meluas.

Antaranya Batu Sempadan British Siam yang terletak di Kampung Pantai Perai.

(Che Saad Nordin)

Che Saad ditemui semasa flag off program kayuhan tersebut yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff di Kampung Pantai Perai, di sini.

Shahanim dalam pada itu berkata usaha yang dilakukan Che Saad wajar dicontohi semua pihak dalam usaha mengangkat kembali nilai atau tempat bersejarah yang ada dalam negara.

Media Baharu