MIRI, 22 Januari- Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai Bomba dan Penyelamat atau balai polis terdekat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat SAR seorang warga emas yang dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Lutong, Miri.
Ketua Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, operasi hari kedua bermula pukul 8.30 pagi tadi.
Beliau yang ditemui di lokasi kejadian berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga dari penduduk Miri.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.15 petang semalam sebelum melancarkan operasi SAR.