HUTAN MELINTANG, 1 November - Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di Hutan Melintang, Perak ditemukan meninggal dunia, pagi tadi.
Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah mangsa dikenali sebagai Halimah binti Idris, 77, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 28 Oktober lalu.
"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama tiga hari meliputi radius pencarian lima kilometer dari rumah mangsa di Kampung Teluk Kerdu.
"Pada pukul 10.50 pagi tadi, mangsa ditemukan pasukan penyelamat di dalam parit di kawasan kebun pisang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.