fb fb fb fb fb

Warga emas hilang di kebun ditemukan maut disisi motosikal

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

JELEBU, 24 Mac- Seorang lelaki warga emas ditemukan maut disamping motosikalnya yang dalam keadaan terjatuh di Kampung Hosapa, Titi, sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa di kawasan kebun pada pukul 9.00 malam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerebu bersama kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi pencarian yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (TBK) Zainal Harun.

Mangsa berusia lingkungan umur 70-an kemudian ditemukan bersama motosikalnya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA