fb fb fb fb fb

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

Foto JBPM Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 11 Oktober - Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam, di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.56 petang berhubung kejadian.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digerakkan ke lokasi bagi membuka pintu rumah terbabit.

"Pasukan terlibat berjaya memasuki rumah itu kira-kira pukul 4.03 petang dan mendapati terdapat seorang wanita warga emas telah meninggal dunia. Kematian mangsa telah disahkan petugas kesihatan di lokasi," jelasnya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 5.17 petang.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN