fb fb fb fb fb

Warga emas ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemukan penduduk sebelum dibawa keluar dari sungai /FOTO RTM

HULU TERENGGANU, 20 November - Seorang peneroka warga emas ditemukan lemas berhampiran pukat ikan dalam sungai di Jerangau Barat, Ajil, di sini.

Mayat Chik Mamat, 76 tahun ditemukan penduduk yang secara kebetulan ke kawasan tersebut untuk menahan pukat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat berdekatan pukat ikan.

Mangsa telah dikeluarkan orang ramai pada kedalaman air lebih kurang satu meter.

Menurut penduduk Mohd Zakhiri Yusof, mayat mangsa ditarik keluar daripada sungai bagi mengelakkan jenazah hanyut dibawa arus deras.

Setelah pengecaman dibuat, mayat yang ditemukan merupakan bapa kepada rakannya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Trainee