fb fb fb fb fb

Warga emas bunuh isteri direman enam hari

fotoBERNAMA

TANAH MERAH, 2 Disember- Seorang warga emas direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 7 Disember bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah pukul 9.25 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Dalam kejadian pagi semalam, suspek dipercayai menikam isterinya, Mastura Abdullah, 40 tahun dengan senjata tajam menyebabkan kematian di kediaman mereka.

Suspek kemudiannya dikatakan keluar mengambil anaknya berusia 10 tahun di sekolah sebelum menyerahkan diri di balai polis.

Suspek dikatakan cemburu dan mengesyaki isterinya yang bekerja di Lembah Klang mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI