SEREMBAN 2, 24 Januari- Seorang lelaki warga asing bertindak berani dengan melompat keluar dari tingkap sebuah bangunan di tingkat dua untuk melarikan diri daripada ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, malam tadi.
Sebilangan warga asing juga dikesan cuba bersembunyi dalam siling serta memanjat bumbung bangunan tiga tingkat itu.
Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, seramai 628 warga asing termasuk lima kanak-kanak diperiksa dalam operasi yang dijalankan bersama rakan strategik berkenaan.
64 daripadanya adalah warga Myanmar, Indonesia (13), Bangladesh (10), Pakistan (9), masing-masing enam warga India dan Sri Lanka serta dua warga Nepal merangkumi 91 lelaki dan 18 perempuan.
Warga asing yang terjun bangunan diberi rawatan
"Hasil pemeriksaan juga mendapati pemilik rumah memberi sewa kepada warganegara asing ini dengan kadar lebih kurang RM600 hingga RM800 satu rumah sebulan.
"Mereka dipercayai bekerja di sekitar pangsapuri atau flat seperti pusat beli-belah dan deretan kedai berhampiran kawasan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelaksanaan Operasi Bersepadu Siri 1/2024 di sini.
Katanya, kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen iaitu membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1)(d) iaitu kesalahan melidungi imigran haram.
Antaranya adalah tiada dokumen pengenalan diri serta tinggal lebih masa.
Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit dibawa ke Depoh Imigresen Lenggeng untuk saringan dan siasatan lanjut.