fb fb fb fb fb

Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Foto: JBPM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Seorang wanita warganegara India tertimbus selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8 meter di hadapan Masjid India, di sini, pagi ini.

Menurut Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur, Mohd Riduan Akhyar pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.22 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Seramai 15 anggota dari BBP Titiwangsa dan BBP Hang Tuah digerakkan bersama jentera FRT-2 dan RIM-2.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat seorang mangsa wanita dewasa warganegara India berumur 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah. Kedalaman lubang dianggarkan 8 meter,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh Unit STORM dan Unit Pengesan (K9).

“Maklumat selanjutnya akan dikemaskini dari masa ke semasa,” tambahnya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI