fb fb fb fb fb

Wanita sarat mengandung nyaris maut, kereta jatuh gaung

FOTO FAIL

BALING, 26 April - Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu menjunam kedalam gaung di Jalan Gunung Inas - Pengkalan Hulu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Shamsudin Mamat dalam kenyataan berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 10.55 minit malam itu, kereta terbabit jatuh di kedudukan jauh ke bawah gaung dan sukar untuk dilihat kerana keadaan bawah gaung yang gelap.
 
"Bagaimanapun,mangsa berusia 34 tahun hanya mengalami kecedeaan ringan, manakala dua penumpang lagi, lelaki berusia 26  tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan" katanya menerusi satu kenyataan.
 
Kedua-dua mangsa dipercayai suami dan anak, pasangan mangsa.
 
Shamsudin berkata, apabila tiba dilokasi kejadian iaitu ketika menuruni jalan berselekoh, kereta yang dipandu gagal dikawal lalu terbabas kedalam gaung.
 
Kesemua terlibat dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan, manakala mangsa dimasukkan ke zon merah untuk pemantauan ke atas kandungan.
 
Kes disaiasat mengikut Sekysen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

TETITIA YUSOFF