IPOH, 1 Oktober- Seorang wanita parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Ipoh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal.
Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.28 malam, menggerakkan seramai 20 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan size-up untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans.