fb fb fb fb fb

Wanita meninggal dunia dalam bilik hotel, diklasifikasikan mati mengejut - PDRM

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 17 Mac- Seorang wanita berumur 40 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik hotel di Johor Bahru, Johor, pukul 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan kematian wanita itu disahkan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau unsur pergelutan berlaku di dalam bilik hotel tersebut.

Mayat dihantar ke Jabtan Forensik HSA untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Asri Jamalin di talian 014-6270324.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM