
BATU PAHAT, 10 Januari – Seorang wanita meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan, di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor, selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di Batu 14 Jalan Labis – Yong Peng, pukul 8.45 malam semalam.
- Seorang wanita meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
- Pemandu kereta, suami mangsa, mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki dan dirawat di hospital sama.
- Kemalangan berlaku di Batu 14 Jalan Labis - Yong Peng apabila sebuah kereta dari laluan bertentangan hilang kawalan.
- Kedua-dua kereta bertembung; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Polis ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pemandu kereta yang juga suami mangsa, parah di kepala dan kaki, dirawat di hospital sama.
Ketika kejadian, kereta mangsa dalam perjalanan dari Segamat menuju pulang ke rumah di Parit Raja, Batu Pahat.
Sebuah kereta dari laluan bertentangan, hilang kawalan dan memasuki laluan kereta mangsa.
Insiden menyebabkan kedua-dua kereta bertembung.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.