fb fb fb fb fb

Wanita maut, dua cedera kereta melanggar penghadang jalan

Anggota bomba di lokasi kemalangan di Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD), dua kilometer (km) menuju ke arah Jejambat Julau, kira-kira 40km dari sini, malam tadi/ Foto: PGO Bomba Sarawak

SIBU, 3 Jun- Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki melanggar penghadang jalan di Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD), dua kilometer (km) menuju ke arah Jejambat Julau, kira-kira 40km dari sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata mangsa yang maut ialah Eveely Emilya Epah, 22, yang merupakan penumpang hadapan, manakala suami mangsa Wilson Ajut, 25, cedera tangan kiri dan seorang lagi penumpang, Linda Ujang, 19, patah kaki kiri.

Beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.15 malam dan mengerakkan anggotanya ke lokasi.

“Tiba di lokasi didapati, seorang mangsa wanita iaitu isteri pemandu tersepit di tempat duduk penumpang hadapan manakala pemandu keluar sendiri dari kenderaan dan penumpang belakang telah dikeluarkan oleh pihak ambulans,” katanya katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia itu dari kenderaan yang remuk menggunakan peralatan khas, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Berdasarkan maklumat awalm nahas berlaku sewaktu kenderaan dipandu Wilson sedang dalam perjalanan dari arah Betong menuju ke Song, Kapit di bahagian tengah Sarawak.

ZEHRA BINTI ZAMBRI