Wanita maut dalam insiden langgar lari di Jalan Puncak Borneo

FOTO IPD PADAWAN

KUCHING, 2 Februari – Seorang wanita maut dalam insiden langgar lari di Jalan Puncak Borneo, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dilanggar dari arah belakang ketika memasuki kenderaannya yang diparkir di tepi jalan.
  • Pemandu kenderaan terbabit melarikan diri dari lokasi kejadian.
  • Mangsa, 37 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Orang ramai diminta hubungi Inspektor Abang Azizil Fansuri di 014-867 7853 untuk maklumat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Penguasa Polis SUPT Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang ketika sedang memasuki kenderaannya yang diparkir di tepi jalan.

“Pemandu kenderaan terbabit kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian. Mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Abang Azizil Fansuri Abang Abdullah di talian 014-867 7853 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.