fb fb fb fb fb

Wanita ditemukan maut di Tasik Pandan Lake View

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Seorang wanita berumur ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azam Ismail dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 8.13 pagi tadi.

“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian, telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas.

“Mangsa, wanita berumur lingkungan 40an itu kemudiannya telah ditemukan dengan bantuan pihak bomba selepas dua jam, tanpa berpakaian,” katanya.

Mohd Azam berkata tiada sebarang identiti ditemui bersama-sama mangsa dan kemudiannya dihantar ke bahagian forensik Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian.

Beliau menyeru masyarakat terutama dalam kawasan daerah Ampang Jaya sekiranya terdapat kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

TETITIA YUSOFF