(Datuk Ahmad Marzuk ditemu bual selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Program
iTEKAD antara CIMB Islamic Bank dengan Yayasan Wakaf Malaysia dan Yayasan Belia Malaysia)
KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita yang memakai ihram lelaki ketika mengerjakan umrah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sememangnya wanita tersebut berbuat dosa kepada diri
sendiri, namun dalam konteks lebih besar, dia telah menghina agama Islam dan mencemar kesucian Tanah Haram.
"Yang itu sudah dalam pemakluman pihak berkuasa. Kalau ia melibatkan negeri kita serah kepada pihak berkuasa agama, kalau melibatkan wilayah kita JAWI dan agensi agama bawah kita melibatkan sudut penguatkuasaan akan mengambil tindakan.
"Apa pun yang melakukan kesalahan ini sangat serius dan saya pasti dia tidak akan terlepas daripafa tindakan. Itu dalam konteks umum bukan sahaja menghina Islam di negara kita bahkan menghina tempat suci umat Islam itu sendiri," kata Ahmad Marzuk selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Program iTEKAD antara CIMB Islamic Bank dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Belia Malaysia di sini.
Dalam majlis tersebut, seramai 50 orang asnaf dipilih untuk diberikan wakaf berbentuk motosikal yang akan digunakan mereka untuk bekerja sebagai penghantar makanan.
(Datuk Ahmad Marzuk selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Program
iTEKAD antara CIMB Islamic Bank dengan YWM dan Yayasan Belia Malaysia)
Sementara itu, CIMB Islamic dan YWM komited menyumbangk dana wakaf berjumlah RM300,000 sebagai dana pemula untuk program ini melalui pengaplikasian konsep Wakaf Muaqqat iaitu Wakaf Bertempoh.
Mengenai Rang Undang-undang (RUU) 355, Ahmad Marzuk memberitahu bahawa pihaknya masih menunggu memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan dasar sebelum tindakan seterusnya diambil.