fb fb fb fb fb

Visa percuma 96 jam, tarik pelancong Malaysia ke Arab Saudi

Alhasan Aldabbagh

PUTRAJAYA, 28 Ogos- Pihak berkuasa pelancongan Arab Saudi optimis Program Visa Persinggahan 96 jam percuma dapat meningkatkan dan memperkukuh hubungan bilateral antara Malaysia dan Arab Saudi.

Menurut Presiden Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) bagi Pasaran Asia Pasifik (APAC), Alhasan Aldabbagh, ia dapat membuka peluang kerjasama ekonomi lebih luas termasuk dari sudut ibadah dan perniagaan serta peningkatan kekerapan penerbangan kedua-dua negara.

Menurut beliau, peluang kerjasama tersebut dijangka dapat dimeterai menerusi Pameran Pelancongan Arab Saudi sempena meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 bermula hari ini.

"Mana-mana rakyat Malaysia yang melancong di Arab Saudi boleh singgah selama 96 jam percuma dan dengan ini mereka boleh tunai umrah dan melawat mana-mana bandar yang mereka mahu. Malah jika mempunyai visa umrah juga boleh ke mana-mana.

"...bandar di Arab Saudi. Anda boleh singgah dahulu di Riyadh dan umrah di Mekah atau ziarah di Madinah," katanya kepada pemberita di sini.

Program eVisa Arab Saudi kini merangkumi 66 buah negara termasuk Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI