fb fb fb fb fb

Video tular polis tahan ambulans, keputusan dibuat ikut aspek keselamatan - PDRM

JOHOR BAHRU, 7 Mac- Satu laporan polis diterima berhubung video tular di media sosial, memaparkan anggota polis menahan sebuah ambulans bagi memberi laluan kepada sebuah konvoi di Johor Bahru, Johor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan tindakan menahan ambulans tersebut dilakukan bagi memastikan ia tidak bertembung dengan konvoi yang sedang menuruni bukit.

Ketika kejadian, konvoi tersebut telah melepasi laluan tersebut 100 meter lebih awal sebelum ambulans tersebut tiba.

Ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay itu tetap diberikan keutamaan laluan antara kenderaan lain untuk berada di hadapan.

(Kenyataan media dikeluarkan PDRM berhubung insiden tahan ambulans di susur jalan Danga Bay-Johor Bahru)

Anggota bertugas hanya menahan ambulans tersebut selama 30 saat, sebelum membenarkan kenderaan tersebut melalui jalan terbabit.

Tindakan drastik dan strategik tersebut, melibatkan penilaian setiap aspek keselamatan di lokasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Media Baharu