fb fb fb fb fb

Video jelik: SKMM rakam percakapan Aliff Syukri

Aliff Syukri Kamarzaman hadir di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor bagi merakam percakapan

CYBERJAYA, 3 April- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di sini hari ini.

Ia susulan aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan video 'teaser' hari raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan baru-baru ini.

"Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dianggap sebagai kandungan bersifat jelik yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

"Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain," menurut kenyataan hari ini.

Pegawai penyiasat turut menyita kad sim dipercayai milik suspek, serta satu unit telefon bimbit yang digunakan untuk membuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Tambah SKMM, kertas siasatan mengenai perkara tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

SITI AISHAH MD ISA