fb fb fb fb fb

Veteran RTM kongsi pengalaman, pengetahuan tingkat mutu siaran

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Veteran RTM terus menyumbang idea ke arah pemantapan kandungan program di radio dan televisyen.

Kesediaan berkongsi pengalaman dan pengetahuan disambut baik Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Jelasnya, walaupun masa dan sistem berubah, namun kesetiaan veteran RTM terus membantu meningkatkan mutu kandungan siaran amat dihargai.

"Saya rasa ini satu perkembangan yang sangat sihat kerana mereka berpengalaman, sebelum ini merekalah yang menerajui RTM. Jadi, kita generasi yang seterusnya di RTM boleh belajar juga daripada mereka.

".... dan itu adalah pengalaman yang harus juga kita ingat, apa yang mereka buat, kita boleh bersama-sama berkongsi, kerana mereka mahu sama-sama memainkan peranan sentiasa membantu membina jenama RTM yang bagus. Jadi, ini adalah satu pertalian yang harus kita eratkan lagi", katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Veteran RTM di Angkasapuri Kota Media.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penyiaran 1988-1999 Datuk Jaafar Kamin dan Datuk Norhyati Mohd Ismail (2011-2014) juga selaku Penasihat PVRTM serta ahli PVRTM Semenanjung dan Sarawak.

Setakat ini, sebanyak 5.2 juta 'RTM Klik' dimuat turun.

Kini, RTM dalam usaha meneroka penerbitan berita dan program dalam kecerdasan buatan (AI).

ROSLINA BINTI DIN