TAWAU, 23 Ogos -Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru agar lebih giat menceburi industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) termasuk teknologi digital, elektrik, elektronik, pertanian serta industri asas tani moden selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari memberi keyakianan bahawa veteran ATM mampu menyumbang kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai ‘consumption powerhouse’ menerusi produk ‘Made by Malaysia’.
"Usahawan veteran juga digalakkan mempelajari teknologi pembuatan baharu dan kecerdasan buatan (AI) sebagai kaedah pemasaran digital menerusi media social untuk meluaskan pasaran produk,"katanya pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) Peringkat Negeri Sabah, di sini. Beliau turut menyampaikan Geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada Sembilan Usahawan Veteran ATM, berjumlah RM54,000.
Setakat ini, seramai 225 usahawan veteran ATM menerima geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM1.134 juta.
Bermula tahun ini, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET)memperkenalkan pendekatan baharu dengan melibatkan lawatan industri dan sesi libat urus bersama agensi serta pengusaha bagi membuka peluang lebih luas kepada veteran memulakan perniagaan sendiri.
PUVET dilancarkan pada Julai 2023 dengan sokongan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebagai pemudah cara untuk menghubung, memadan dan menyalurkan insentif keusahawanan seperti khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan.
Sejak dilaksanakan sebanyak 1,975 usahawan veteran telah menyertai program berkenaan dan seramai 216 veteran ATM menerima manfaat geran berjumlah RM1.08 juta.
"Alhamdullilah saya sangat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan (potong) terutamanya geran pemerkasaan ATM ni, (potong) sekurang-kurangnya syaa dapat menaik taraf warung yang sedia ada," kata pengusaha makanan dan minuman, Ali Patra.
"Perusahaan yang saya buat sekarang ni berkenaan dengan pembuatan kabinet dan sewaan kanopi potong bermula 2017 hingga sekarang, hari ni saya dapat bantuan dari PUSVET melalui PERHEBAT, rezeki yang saya dapat akan saya manfaatkan untuk membesarkan perniagaan saya" kata pengusaha kabinet /sewaan kanopi Azran Soud.