fb fb fb fb fb

Veteran ATM dipastikan kerjaya kedua

Adly Zahari (kiri) memakaikan Pingat Jasa Malaysia kepada seorang salah seorang penerima / Foto BERNAMA

AYER KEROH, 16 Jun - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dipastikan mempunyai kerjaya kedua, selepas menamatkan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini terbukti apabila seramai 49 anggota veteran ATM berjaya ditempatkan dalam industri berteknologi tinggi menerusi Program Veteran MyWIRA.

Beliau berkata, ia merupakan satu kejayaan dalam memastikan veteran ATM bukan sahaja mempunyai kerjaya, tetapi memberikan pendapatan yang lebih baik selepas menamatkan perkhidmatan.

“Kalau dilihat ada pelbagai bidang, kita ada kerjasama dengan sumber manusia, industri-industri pertahanan dan sekarang ini kita ada dua aspek yang banyak diberikan tumpuan.

"Pertama adalah industri pertahanan sendiri jadi kita memang ada dasar bahawa 30 peratus pekerja dalam industri itu harus melibatkan veteran angkatan tentera. Yang kedua, dalam industri berteknologi tinggi dengan MyWIRA, ketika ini 49 anggota veteran berkhidmat di industri elektrik dan elektronik di Pulau Pinang." katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ