SERDANG, 16 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dakwaan pembangkang yang mahu membawa usul undi tidak percaya kepadanya di Dewan Rakyat sebagai perkara bukan serius.
Katanya, tiada sebarang asas untuk pembangkang berbuat demikian terhadap beliau.
"Saya tidak pernah fikir itu perkara serius.
"Ini hanya uar-uar pembangkang yang agak terdesak seperti disebut Langkah Dubai, saya tidak komen.
"Kalau ada asas kukuh, maka kita perhati (tetapi) ini tiada asas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia di sini.
ARTIKEL BERKAITAN
PM mahu semua pelajar ikuti program AI Untuk Rakyat