fb fb fb fb fb

Usul pengeluaran KWSP dibahas di Dewan Negara Isnin ini

(Ahmad Maslan)

KUALA LUMPUR, 7 April- Usul mengenai pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibahaskan di Dewan Negara, Isnin ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, beliau akan mendengar pandangan ahli Dewan Negara sebelum menjawabnya melalui sesi penggulungan

"Lebih daripada sejam saya akan mendengar pandangan senator atas dua perkara.

"Perkara pertama mengenai pengeluaran bersasar, yang kedua mengenai jaminan pinjaman iaitu meminjam bank dijamin dengan wang KWSP," katanya dalam sidang media selepas sesi lawatan rasmi ke pejabat Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di ibu negara.

Jelas Ahmad, semalam, beliau telah menerima taklimat daripada pihak KWSP dan segala data maklumat akan dibentangkan beliau pada Isnin nanti.

 (Ahmad Maslan dalam sidang media selepas sesi lawatan rasmi ke pejabat
KWAP di ibu negara)

Media Baharu