fb fb fb fb fb

USCG komited kukuhkan hubungan maritim dengan Malaysia

Kapal Amerika Syarikat sepanjang 418 kaki itu berlabuh buat kali pertama di Pelabuhan Klang sehingga 4 Mac ini.

PELABUHAN KLANG, 2 Mac- Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) komited mengukuhkan hubungan maritim dengan Malaysia bagi membina Indo-Pasifik yang lebih stabil, bebas dan berdaya tahan tanpa akses terhad.

Menurut Pegawai Pemerintah USCG, Kapten William L. Mees, pihaknya menjalin kerjasama erat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam meningkatkan keupayaan maritim antara kedua-dua negara.

Kapal Amerika Syarikat sepanjang 418 kaki itu berlabuh buat kali pertama di Pelabuhan Klang sehingga 4 Mac ini.

"Ia sebahagian daripada pertukaran profesional dengan Maritim Malaysia, dalam usaha meningkatkan keupayaan maritim kedua-dua negara.

"Kami melakukan transit di beberapa kawasan terlibat selama beberapa hari lepas, benar-benar menunjukkan betapa pentingnya lokasi ini untuk seluruh dunia," katanya kepada pemberita di sini.

Kapal yang dikendalikan seramai 170 anak kapal termasuk pegawai USCG itu akan turut berlabuh di beberapa negara lain kelak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM