fb fb fb fb fb

Usahawan muda diberi peluang kembangkan potensi ke peringkat lebih tinggi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 November- Usahawan muda terus diberi peluang bagi mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof optimis daya saing golongan tersebut mampu membantu pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara.

Kerajaan dalam pada itu turut menyokong penuh dan melihat usahawan muda sebagai antara peneraju pembangunan masa depan negara.

"Kerajaan komited untuk memberikan sokongan penuh kepada usahawan yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya persaingan yang kukuh dan memacu pertumbuhan negara.

"Platform ini menggalakkan anak muda Malaysia untuk mengambil langkah berani ke hadapan, mengingatkan mereka bahawa dengan dedikasi dan visi, kejayaan adalah dalam jangkauan semua", katanya.

Kerajaan, pemain industri dan usahawan muda harus kekal bekerjasama dalam memastikan aspirasi membina negara maju melalui inovasi dapat direalisasikan.

Datuk Seri Fadillah berucap pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN