KUALA LUMPUR, 5 Februari- Perusahaan kecil atau usahawan mikro digalakkan meneroka teknologi baharu dalam meminimumkan kos pengoperasian sekali gus meningkatkan produktiviti perniagaan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), berkata, selari dengan Perancangan Ekonomi MADANI, kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi baharu, ia menjadi nilai tambah kepada pekerja dalam pelaksanaan kadar gaji minimum.
"Saya rasa perancangan yang perlu dilakukan oleh para majikan dan juga negara supaya pada akhirnya nanti kita akan dapat meningkatkan produktiviti. Ingat bahawa dalam perancangan ekonomi MADANI, kita mahu melihat Malaysia menjadi 12 negara teratas yang kompetitif di dunia.
"Jadi bila kita mengatakan tentang daya saing ini, kita perlu menggunakan teknologi baru supaya pada akhirnya produktiviti kita meningkat", katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.