fb fb fb fb fb

Usahawan kumpul lebih 200 kenderaan klasik kerana minat

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 6 Mei - Kerana minat, seorang bekas guru agama mengumpul dan menjaga rapi ratusan kenderaan klasik pelbagai model dan jenama.

Pemiliknya, Datuk Dr Zulkifly Muhamad berkata, minat terhadap kenderaan klasik khususnya jenama Volkswagen bermula pada tahun 1991.
 
Beliau yang ketika itu bekerja sebagai guru agama membeli sebuah kereta Volkswagen.
 
Minat dan rasa cinta terhadap kenderaan tersebut menyebabkan beliau yang kini bergelar usahawan sanggup berbelanja untuk membeli kereta Volkswagen pelbagai model.
 
Sehingga kini, lebih 200 kenderaan klasik jenama Volkswagen, Mercedes Benz dan kenderaan keluaran Jepun telah dibelinya.

"Waktu itu, saya masih bertugas di Kelantan. kawan-kawan pula menyertai Kelab Volkswagen.

"Jadi semakin hari semakin banyak saya kumpul. Waktu itu harga murah. Saya kumpul sedikit demi sedikit. Tetapi sekarang ini koleksi yang unik itu susah nak dapat. Daripada Volkswagen kemudian saya pergi kepada Mercedez, kemudian himpun pulak motorsikal basikal dan sebagainya", katanya di sini ketika ditemui RTM.

Tambahnya, kerja-kerja pembaikan kenderaan dilakukan oleh pekerjanya sendiri sekali gus dapat menjimatkan kos penyelenggaraan.
  
Kesemua kenderaan tersebut disimpan di beberapa stor dan garaj miliknya di sekitar Sungai Petani.
 
Manakala sebahagiannya telah dijual.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD